Kata aluan Pengarah,
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang kepada pengunjung laman web rasmi Yusri Maju Group kepada semua pengguna internet di seluruh dunia. Laman Web Yusri Maju Group merupakan salah satu saluran penyebaran maklumat dan informasi. Ia selaras dengan teknologi canggih dunia hari ini di mana segalanya hanya di hujung jari. Antara maklumat yang terdapat di laman web ini ialah program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun oleh Yusri Maju Group , senarai perkhidmatan yang ditawarkan, maklumat tentang kumpulan-kumpulan syarikat di bawah pengawasan Yusri Maju Group, serta projek-projek yang sedang atau yang telah siap dibina.
Adalah menjadi harapan Yusri Maju Group agar bertambah maju dan terus kukuh sejajar dengan perkembangan sektor pembinaan di negara ini.Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi sokongan dan kerjasama selama ini. Semoga budi baik dan kerjasama anda akan berterusan sepanjang tahun mendatang
Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari Laman Web Yusri Maju Group. Semoga anda mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Kami juga berharap agar laman web ini menjadi sumber rujukan yang berguna serta memberi inspirasi kepada para pengunjung web ini.
Terima kasih kerana mengunjungi laman web Yusri Maju Group.
“SEGALANYA HAK ALLAH S.W.T"
En. Mohd Yusri bin Muhammad Nor